Collen Pengedar Shaklee Kota Belud

Jun 04, 2017

Hi semua, welcome to my blog😊😊

Jom kita saling berkenalan 😊😊

Well... Nama saya Suzira Vun Sang, lebih dikenali dengan panggilan Collen dikalangan ahli keluarga dan teman rapat. Berasal dari Kota Marudu, Sabah tapi kini mengikuti suami menetap di Kota Belud.. (tiba - tiba teringat masa sesi memperkenalkan diri kat sekolah pula 😄😄). Berusia 35tahun 😨 ~ tua dah!! Dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata and of course semuanya hero hokeyy 😂😂😂..



Kali ni Collen nak berkongsi sedikit cerita kenapa dalam banyak - banyak bisnes, Collen pilih bisnes Shaklee dan macam mana Collen boleh terjebak dalam bisnes ni... Apa yang menyebabkan Collen kembali semula berbisnes setelah hampir beberapa tahun meninggalkan dunia jualan ni...

Actually ceritanya agak panjang juga tapi Collen cuba ringkaskan... Semuanya bermula dengan kelahiran anak sulung (Yoyo) Collen pada tahun 2008.. Sejak Yoyo dilahirkan, Collen sering rasa sakit belakang..  Rasa sakit tu terasa sangat kalau Collen berdiri ataupun duduk terlalu lama.. Kadang - kadang ketika baringpun sakit tu datang, sampai nangis Collen dibuatnya..  Dah macam - macam cara Collen buat untuk hilangkan rasa sakit tu ~ berurut, buat pemeriksaan dan pakai korset untuk support tulang belakang Collen...

Keadaan bertambah teruk dengan kelahiran Adik dan Caden.. Sampai suatu ketika Collen terfikir sakit ni mungkin disebabkan oleh keadaan tulang Collen yang tidak kuat dan Collen perlukan something untuk bantu Collen jaga kekuatan tulang Collen..  Collen perlukan lebih kalsium!!

Collen memang tak ada masalah nak minum susu tiap hari.. Sebelum ni pun Collen sering minum susu yang berkalsium tinggi tapi ianya seakan akan tak mencukupi.. Puas mencari produk yang sesuai dan senang diambil, akhirnya Collen  jumpa produk bersesuaian dengan kehendak Collen iaitu Ostematrix..

Urusan jual beli dengan mummy Ida Chalo amat mudah.. Time berurusan tu, dia offer untuk daftar jadi ahli dan bisnes... Collen setuju untuk daftar jadi ahli tapi untuk bisnes Collen masih lagi teragak - agak.. Lagipun pengalaman bisnes sebelum ni membuatkan Collen rasa serik ~ ditipu dengan supplier, malah Collen pernah menjadi agen sah sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang sedang giat berkembang waktu tu hingga sekarang dimana empunya produk tu sendiri memutar belitkan fakta tentang produk keluarannya. Kiranya keputusan untuk bisnes tu masih lagi belum diputuskan..

Bila order Ostematrik sampai bersama kit pendaftaran tu.. Collen cuma belek - belek je buku panduan berserta beberapa risalah yang disertakan tu... Pendek kata no feeling langsung untuk berbisnes... Malamnya Collen start ambil Ostematrix tu dengan harapan agar tulang Collen lebih kuat agar sakit belakang tu dapat dikurangkan. Tapi keesokan harinya benda lain pula yang jadi... Buat pertama kalinya Collen rasakan nikmat 'membuang' yang teramat -amat senang setelah bertahun mengalami masalah sembelit yang kronik (sejak mengandungkan yoyo)... Sakit belakang time tu memang ada lagi... Normal ler tu lagipun Ostematrix ni hanyalah suplimen dan bukannya ubat. Suplimen akan mengambil masa untuk kita merasa kesannya hokeyyy😊😊

Setelah beberapa hari konsisten mengambil Ostematrik, Collen dapat rasakan yang sakit belakang Collen dah berkurangan.. Sekarang dah nak hampir setahun Collen amalkan Ostematrix ni dan kesannya amat memberangsangkan.. Disebabkan kesan positif yang Collen rasai sendiri dengan produk Shaklee ni, so Collen putuskan untuk kembali semula ke dunia bisnes... Tapi kali ni agak berbeza dengan bisnes  sebelumnya kerana kali ni Collen nak bantu korang semua untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya melalui produk Shaklee 😊😊

Tu jelah sharing dan serba sedikit tentang diri Collen untuk kali ni.. Semoga kita bertemu semula di entri akan datang 😊😊😊

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook