SIMPANAN UNTUK ANAK, APA YANG PERLU DILAKUKAN

Jun 16, 2017



Setiap ibubapa ada impian dan perancangan yang tersendiri untuk anak - anak mereka.. Begitu juga dengan Collen.. Collen ada beberapa perancangan untuk masa depan anak - anak Collen, salah satunya adalah melalui simpanan...


Jom Collen kongsikan sedikit, apa yang Collen lakukan untuk tabungan anak - anak...


1. Buka buku akaun bank
- setiap anak - anak, Collen akan pastikan mereka mempunyai akaun buku bank mereka sendiri seawal umur 6 bulan.. At least ada satu akaun untuk setiap seorang...



2. Simpan setiap bulan
- setiap bulan Collen akan usahakan untuk menyimpan sedikit hasil dari pendapatan  untuk mereka. Walaupun jumlahnya agak kecil tapi ianya lebih baik daripada tidak menyimpan langsung.. Bak kata pepatah " sikit - sikit lama - lama jadi bukit" 😊😊.



3. Jangan bertangguh
- kalau niat nak menyimpan tu dah ada, Collen nasihatkan lakukannya dengan segera, sebab biasanya bila bertangguh melakukannya akhirnya ianya tidak akan menjadi (selalu terjadi sebelum ni 🙈🙈🙈).. Collen biasanya akan transfer direct ke akaun setiap anak - anak melalui online transfer, jadi ianya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.



4. Galakkan mereka menyimpan
- terus terang setiap daripada anak- anak Collen tidak mempunyai tabungan mereka sendiri. Jadi macam mana Collen nak galakkan mereka turut sama menyimpan?? Syukur rezeki mereka sentiasa ada... Biasanya mereka akan mendapat wang dari nenek dan uncle mereka sebagai ganjaran atas usaha mereka dalam peperiksaan sekolah, hasil dari hadiah harijadi dan angpow time celebrate Chinese New Year..  So setiap sen yang mereka perolehi tu automatik mereka akan serahkan kepada Collen untuk disimpan.. 



5.  Libatkan anak - anak
- dalam menyimpan untuk mereka ni Collen selalu libatkan anak-anak. Ada masanya Collen akan ajak mereka pergi ke bank dan menyimpan bersama mereka. Ni bertujuan agar mereka faham dan tahu duit mereka memang disimpan dan tidak digunakan oleh omaknya 😂😂😂😂.. Ni penting untuk wujudkan kepercayaan dan semangat mereka untuk terus menyimpan..



6. Disiplin & Amanah
- last but not least, dalam apa jua perkara yang kita lakukan disiplin tu penting..  Tabungan anak-anak adalah untuk kegunaan mereka dimasa akan datang.. Jadi untuk kekalkan semuanya tu kita sebagai ibubapa kenalah bersikap amanah untuk menjaga hak mereka. Memang tak salah rasanya kita meminjam duit anak -anak jika dalam keadaan terpaksa, tapi kita kenalah  gantikan balik duit yang kita dah pinjam tu 😊😊... Tapi kalau boleh biarlah meminjam duit anak- anak adalah perkara terakhir yang ada dalam senarai kita 😉😉


Mungkin ada para ibubapa yang mempunyai cara yang lebih bagus atau kelainan dalam membuat tabungan untuk anak - anak, kalau sudi jom kongsikan dengan kami semua 😊😊



You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook