KEHAMILAN

Tips Mengatasi Dan Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

Februari 14, 2018



Alahan semasa mengandung atau lebih dikenali sebagai 'morning sickness' adalah perkara biasa dan sering dialami dikalangan ibu² hamil. Morning sickness ini disebabkan kehadiran Hormon hCG semasa mengandung yang memberi kesan rasa loya dan muntah ketika hamil. Simptom ini biasanya boleh dirasai seawal trimester pertama kehamilan iaitu 6 minggu kehamilan dan sering berlaku pada waktu pagi. Walaubagaimanapun simptom ini boleh saja berlaku pada waktu petang ataupun malam..


Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropine) ini adalah hormon yang dikeluarkan oleh plasenta seminggu selepas janin ditanan kedalam lapisan endometrium. Kehadiran hormon ini juga menjadi indikasi awal untuk menentukan seseorang itu sedang hami atau sebaliknya melalui ujian kehamilan air kencing..

Siapa lebih berisiko???

Wanita yang mengandungkan anak kembar lebih mudah mendapat alahan ni disebabkan penghasilan hormon hCG yang lebih tinggi berbandingan kandungan biasa...

Wanita yang kekurangan Vitamin B6 dalam badan. Vitamin B6 ni adalah salah satu vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga fungsi darah, saraf dan kulit kita.


Kesan pada ibu dan kandungan


Dalam keadaan biasa alahan ni adalah normal dan biasanya tidak menjejaskan bayi dalam kandungan.. Tapi keadaan ini boleh berubah jika bakal ibu menghadapi alahan yang teruk dan berpanjangan seperti mual muntah serta kehilangan cecair badan yang banyak. Keadaan ini dikenali sebagai "Hyperemesis Gravidarum" (HG).

Jika ibu hamil mengalami Hyperemesis Gravidarum, ianya akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungannya. Keadaan ini boleh menyebabkan...

⭕ Ibu kekurangan nutrisi dan perkembangan janin terganggu

⭕ Sistem pertahanan ibu menurun dan lebih mudah diserang penyakit.

⭕ Penurunan berat badan disebabkan kekurangan nutrisi. Ini akan memberi kesan terhadap perkembangan organ tubuh janin.

⭕ Ibu mengalami dehidrasi yang teruk menyebabkan bekalan cecair dan oksigen pada janin turut terjejas.

⭕ Ibu menjadi lemah dan lesu akibat kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.


Cara mengatasi

⭕Makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

⭕Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan rasa loya dan muntah seperti makanan berempah, pedas dan bergoreng.

⭕Banyakkan pengambilan air serta jus buah - buahan.

⭕Dapatkan rehat yang secukupnya

⭕Minum Teh Halia dapat mengeringkan air liur dalam mulut yang boleh menyebabka rasa mual..

⭕ Ambil makanan yang tinggi kandungan  karbohidrat, sayur - sayuran dan juga buah - buahan bagi menampung keperluan ibu dan janin dalam kandungan


Supplimen Yang Sesuai


Vitamin B Complex

- Mempunyai kandungam Vitamin B6 yang mampu mengurangkan rasa mual muntah bagi ibu hamil
- Mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang pada bayi

Peppermint-Ginger Plus

- Membantu membuang angin lebihan dari badan
- Membantu melegakan rasa loya dan muntah
- Membantu mengurangkan kembung perut

Performance Drink

- Membantu memberikan tenaga segera
- Mengelakkan kehilangan cecair bendalir yang teruk akibat mual muntah ketika hamil.

ESP

- Membekalkan tenaga kepada ibu hamil
 Sumber protein yang berkualiti dapat membantu pembentukan sel²  dan perkembangan janin yang sihat.



Testimoni












Order / Belian


Jika nak dapatkan Set Alahan ni, korang boleh je terus   >>WHATSAPP SIS COLLEN <<



Atau klik ikon shopping kat bawah ni untuk belian atas talian







P/S :  Jika anda telah membuat pembelian secara online tapi  mempunyai keraguan atau memerlukan konsultasi cara pengambilan supplimen, boleh direct wasap sis ye... Konsultasi hanya untuk customer sis saja tau 😊😊 





 ❤ Pengedar Shaklee Kota Belud



You Might Also Like

5 ulasan

  1. saya pernah alami dulu, cuma tak tahu bagaimana nak elak..akhirnya gugur....huhuhu sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya kak... Semoga rezeki itu datang kepada akak secepat mungkin...

      Padam
  2. ESP la yg bntu sy time alahan..sbb kosong sdh perut ni blk2 muntah.minum ESP ada tenaga sy blk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esp ni memang best, bila minum rasa bertenaga sikit..

      Padam
  3. Syukur tak.pernah rasa alahan yang teruk. Apapun ibu hamil wajib ada ESP

    BalasPadam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook