Seronoknya Berblog...

April 06, 2018

Rasa macam dah lama tak update blog ni... kalau blog ni adalah sebuah rumah yang didiami, mesti dah lama bersawang kan...
Kesian pula kat blog ni... kalau korang nak tahu nilah satu²nya blog yang sis ada... Dan dari sinilah sis mulakan explore dunia blogging..

Nak start buat blog ni tak adalah susah sangat pun... Sis buat blog ni dulu pun main cuba² je tapi tak sangka menjadi juga rupanya..

Apa yang penting bila nak start buat blog ni korang kena ada email yang aktif... Lepas tu  bolehlah sign up kat blogspot.

Nak daftar kat blogspot ni free je... so kalau yang baru nak mencuba dunia blogging ni, bolehlah buka akaun kat sini..

Kalau rasa was² atau tak tau nak buat macam mana, korang boleh je google... Sis dulu pun (actually sampai sekarang) ni pun banyak minta nasihat dari Mr.Google kalau tak tau.. so far memang Mr.Google banyak membantu..

So bila korang dah ada blog sendiri, bolehlah korang tulis puas² dengan panjang lebar apa yang korang nak... Tapi jangan pula korang tulis sesuatu yang melanggar undang², nanti tak pasal² lain pula jadinya...

Jadi kalau korang minat menulis, silalah buat blog korang sendiri... Best tau!!! Mana tahu hasil penulisan korang tu dapat memberikan manfaat kepada orang lain suatu hari nanti kan....

Semoga kita berjumpa di entry yang seterusnya..


Selamat berblog yer kawan²...


With 💜 
Collen
Pengedar Shaklee Kota Belud


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook