Info

7 Tanda, Penyebab & Penyelesaian Kencing kotor

Mei 10, 2018


Sejujurnya sis tak pernah mengalami jangkitan kuman dalam air kencing semasa mengadung. Mungkin sis agak bertuah berbanding dengan teman - teman sis yang lain. Sebelum mengandung sis jarang mendapat jangkitan kuman dalam air kencing ni..

Bagi mereka yang agak ragu - ragu adakah mereka pernah ataupun mengalami jangkitan kuman dalam air kencing, ni ada beberapa tanda yang menunjukkan anda mungkin menghidapi masalah kencing kotor..

Tanda kencing kotor ✔ rasa pedih / sakit semasa kencing
✔ kerap pergi ke tandas untuk kencing
✔ kencing yang sedikit / hanya beberapa titis setiap kali pergi ke tandas
✔ demam
✔ kencing keruh
✔ terdapat darah pada air kencing
✔ rasa sakit pada abdomen


Punca kencing kotor
✔ Perubahan hormon semasa mengandung
✔ kerap menahan kencing
✔ tidak menjaga kebersihan alat sulit
✔ sering menggunakan sabun pencuci vagina
✔ imuniti badan rendah
✔ penggunaan pakaian dalam yang tidak sesuai
✔ pencucian alat sulit yang tidak betul


Cara mengatasi
✔ minum air putih yang banyak
✔ jangan menahan kencing
✔ pakai pakaian dalam yang longar dan serap peluh seperti yang diperbuat daripada kapas
✔ elakkan menggunakan bahan pencuci vagina
✔ membersihkan kawasan alat sulit dari depan ke belakang
✔ mencuci alat sulit sebelum dan selepas melakukan sex
✔ ambil Vitamin C untuk tingkatkan imun badan dan keasidan dalam air kencing agar bakteria tidak mudah membiak.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook